Fogging Nyamuk Malaysia

Masalah Anai-Anai di Kediaman Anda

Nyamuk merupakan salah satu jenis serangga yang paling tidak disukai oleh manusia. Selain menyebabkan kegatalan di kawasan yang digigit nyamuk, ia juga merupakan pembawa pelbagai jenis penyakit berbahaya. Contohnya, demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes dewasa. Setiap tahun, ada sahaja berita kematian yang berkaitan dengan demam denggi dilaporkan. Malah, ia juga digelar sebagai penyakit bawaan nyamuk yang terpenting oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation). Hal ini demikian kerana demam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk yang paling laju dan mudah tersebar secara meluas. Memandangkan kes demam denggi sering dilaporkan di Malaysia, ianya penting untuk warga Malaysia mengambil tindakan sewajarnya untuk mencegah nyamuk yang menjadi pembawa penyakit ini. Antara kaedah utama yang boleh dilakukan ialah menggunakan fogging nyamuk. Fogging nyamuk di Malaysia sering dikendalikan oleh agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan.

Proses Fogging Nyamuk

Fogging ialah satu proses di mana racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa disembur menggunakan mesin yang akan mengeluarkan racun tersebut dalam bentuk kabus. Kaedah fogging nyamuk ini merupakan kaedah membunuh nyamuk Aedes yang digunakan secara meluas di Malaysia kerana ia terbukti berkesan untuk mengawal penyakit demam denggi dari merebak.

Proses fogging nyamuk haruslah dilakukan hanya pada awal pagi dan senja kerana waktu ini merupakan waktu puncak untuk nyamuk Aedes keluar mencari mangsa untuk digigit. Selain itu, keadaan cuaca pada waktu tersebut merupakan keadaan yang paling optimal untuk memastikan racun yang disebarkan dalam bentuk kabus itu dapat bertindak dengan sepatutnya.

fogging nyamuk malaysia

Servis Fogging Nyamuk Profesional

Fogging nyamuk kebiasaannya dilakukan apabila terdapat kes demam denggi dilaporkan di sesebuah kawasan. Proses ini akan dilakukan dalam tempoh 24 jam dari waktu kes dilaporkan dan akan dilakukan sekali lagi selepas 7 hingga 10 hari dari tarikh hari pertama fogging dilakukan. Proses fogging perlu dilakukan sebanyak dua kali berpandukan kitaran hidup nyamuk Aedes yang berlanjutan sehingga seminggu dan tempoh pengeraman virus denggi dalam nyamuk Aedes ialah lebih kurang 10 hari berikutnya.

Walaupun proses fogging nyamuk bukanlah penyelesaian kepada masalah denggi, ia merupakan langkah yang sangat penting untuk mengurangkan jangkitan yang lebih banyak dalam satu komuniti. Fogging nyamuk terbukti berkesan dalam membunuh nyamuk Aedes dewasa sekaligus dapat mengurangkan kes jangkitan. Oleh itu, penting bagi warga Malaysia untuk mengambil khidmat fogging nyamuk agar masalah ini dapat dibendung dari menular dengan lebih teruk.